KUMULAKAN CORETAN INI
DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA MULIA
SELAWAT DAN SALAM KEPADA NABI BESAR JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
ITU YANG ANA BOLEH UKIRKAN
UNTUK MENENANGKAN JIWA ANA
SELEPAS KEPUTUSAN UNTUK MELANGKAH
KEMADRASAH LAIN TERPAKSA DILAKSANAKAN
ANA TERPAKSA MEMBUAT KEPUTUSAN INI
KERANA TERPERANGKAP DAN TERPEDAYA
DENGAN KEHENDAK DUNIA YANG FANA' INI
UNTUK ADINDAKU ANAK-ANAK PELAJAR
YANG KUSAYANGI,USTAZ TERPAKSA SEBUTKAN
MASALAH YANG MENCENGKAM ANA IALAH HUTANG
LANTARAN HUTANG YANG MEMAKSA ANA UNTUK MELUNASKANNYA
ANA TIDAK ADA PILIHAN LAIN SELAIN TERPAKSA
MENGORBANKAN MADRASAH YANG PENUH KEBERKATAN INI
BERMACAM-MACAM USAHA ANA CUBA LAKUKAN
NAMUN KEBANYAKKANNYA MENEMUI KEGAGALAN
ANA CUBA BERUSAHA LAGI DAN MENANGGUHKAN
PERPINDAHAN ANA SEHINGGALAH KESAAT INI
TANGGAL 16 SEPTEMBER 2008 SEMPENA PENUBUHAN MALAYSIA
ANA LEBIH AWAL UNTUK MELOMPAT PARTI
KE SMA PARIT RAJA
UNTUK SEMUA ANAK-ANAK DIDIK ANA
PERTAMANYA KEMAAFAN YANG TIDAK TERHINGGA ANA PERSEMBAHKAN
KEPADA KALIAN KERANA KEPUTUSAN YANG AMAT MENGEJUTKAN INI
INGATLAH SEGALA PERKARA BAIK YANG ANA PERNAH LUAHKAN KEPADA KALIAN
JADIKANLAH IA PEDOMAN UNTUK HIDUP KALIAN
LUPAKAN SEGALA PERKARA BURUK YANG PERNAH ANA LAKUKAN
DAN JADIKAN IANYA SEMPADAN
ANA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA KHUSUSNYA YANG SUDI
MENGIRIMKAN KAD UCAPAN HARI RAYA TU...
DIATAS KERJASAMA YANG TELAH DIBERIKAN
ANA YAKIN KAMU AKAN MENDAPAT PENGGANTI
YANG LEBIH HEBAT DARI ANA
MUNGKIN LEBIH CERIA ANA MENDOAKANNYA
BAGAIMANAPUN MEMANG CUKUP TERASA KEHILANGAN KAMU SEMUA
SEBENARNYA BUKAN KAMU KEHILANGAN ANA TETAPI HAKIKATNYA ANALAH YANG KEHILANGAN KAMU SEMUA TERIMA KASIH SEKALI LAGI
KERANA SUDI MENJADI ANAK DIDIK ANA
INGATLAH SAYANGILAH GURU-GURU KAMU KERANA SATU MASA NANTI
KAMU PASTI AKAN JADI GURU YANG MENDIDIK ORANG LAIN
ITUKAN SUNNATULLAH
INGATLAH WAHAI ANAKNDA KU SEKALIAN
USTAZ AMAT MERINDUI KALIAN SEMUA
GELAK TAWA 4 SYAFIE
SENYUM MANIS 4 MALIKI
GURAU SENDA 5 NASAIE
LAWAK JENAKA 5 BAIHAQIE
SEBAB ITULAH ANA BERANI KATAKAN
KALAU ADA REZEKI YANG MELIMPAH
ANA AKAN KEMBALI SEMULA KE MAK INSHAALLAH
IRINGILAH PEMERGIAN ANA DENGAN DOA
YANG AGUNG KEHADRAT ILAHI AGAR ANA MAMPU MENJADI DA'IE ILALLAH
MEMBAWA AKHLAK-AKHLAK RASULULLAH KEPADA ANAK-ANAK MUSLIMIN
ANA BERBANGGA DENGAN ANAK-ANAK DIDIK DI MAK
YANG MAMPU UNTUK MENGAKURKAN DIRI
MENJADI MUSLIM YANG PATUH
KAMU SEMUA TELAH MELAKUKAN PERKARA YANG HEBAT
TERUSKANLAH KETAATAN KAMU KERANA KETAATAN INILAH YANG
MENAMBAHKAN KEBERKATAN DALAM KAMU MENCARI ILMU
BUAT AKHIRNYA TERIMA KASIH BUAT SEGALA-GALANYA
DAN MINTA MAAF DIATAS SEGALANYA UNTUK KALI INI
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ust....ana najwa pljr putri 5 nasaie...
ingin memohon ampun dan maaf dr hjg rmbut hngga ke hjg kaki sekiranya ade slh dan silap pd ust selame ust mndidik ana...
ana rase terkilan slps dpt taw ust b'hjrah ke tmpt lain...
smoge hdup ust dberkati Allah...
Post a Comment